Tuesday, November 17, 2009

Dalam bersahabat,ada dua pokok utama yng perlu diperhatikan:

1- Cara memilih sahabat.
2- Cara menunaikan hak2 persahabatan (adab2 bersahabat)

1-Cara memilih sahabat

Dalam bersahabat,hendaklah diperhatikan syarat2 bersahabat. Maka jangan kau bersahabat kecuali dgn orang yng layak untuk dijadikan sahabat.

Rasulullah SAW bersabda:



Ertinya: Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat,
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan Baihaqi)


Maka, apabila kau mahu mencari sahabat yng ingin dijadikanmu sebagai pembantu dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,hendaklah dipastikan padanya 5 syarat:

1-Orang yng berakal:

Tidak ada kebaikan bersahabat dgn orng yng bodoh,kerana ianya akan membawa kepada pemusuhan dan menyakitkan hati. Paling baik pun,yang akan kau dapati daripadanya hanyalah kau terselamt dari mudaratnya,sedangkan dia berusaha membawa manfaat kepadamu. Ianya kerana musuh yng berakal itu lebih baik daripada sahabat yng bodoh. Di dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata:



Ertinya:
*Dan jangan kau bersahabat dgn orng yng bodoh. Jauhi akan dia.
*Berapa banyak orang yang jahil yng telah membinasakan orang alim ketika dia bersahabat dengannya.
*Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabatnya, ketika dia berjalan dengannya.
*Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
*Maka begitulah halnya hati yng menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).


2-Orang yang baik akhlaknya:

Janganlah kau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yng tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina ‘Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yng baik dalm wasiatnya kepada anaknya ketika beliau hendak meninggal dunia, ‘Alqamah berkata:

Wahai anakku ! Apabila kau mahu bersahabat dengan seseorang,maka jalinkanlah persahabatanmu dgn orang yang:

1-Apabila kau berkhidmat dgnnya, dia akan memeliharamu.

2-Apabila kau bersahabat dgnnya, akan bertambah nilai dirimu.

3-Apabila kau ditimpa kesusahan,dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4-Apabila kau menolongnya,nescaya dia akan membalas jasamu.

5-Apabila dia melihat kebaikanmu,nescaya dia akan mengambil kira akannya (nilai kebaikan tersebut).

6-Apabila dia melihat kejahatan pada dirimu,nescaya akan ditutupkannya olehnya.

7-Apabila engkau berkata,nescaya dia akan membenarkan perkataanmu.

8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu perkara,nescaya dia akan menolongmu.

9-Apabila engkau berselisih dgnnya akan sesuatu,nescaya dia akan melebihkanmu.


Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib R.A:



Ertinya: Saudaramu yng sebenarnya adalah orang yng selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban ntuk memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya untuk menolongmu dalam menghadapi bala dan ujian.


3-Orang yng soleh:

Jangan kau bersahabat dengan orng yng fasik yng selalu mengerjakan dosa besar,kerana orng yng takut akan Allah itu tidak kekal dalm membuat dosa besar dan orng yng tidak takut akan Allah itu tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendirian tidak tetap,selalu berubah2 mengikut keadaan dan tekanan.

Allah berfirman kepada Rasulullah SAW:



Maksudnya: “Dan janganlah kau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 28)

Maka jauhi daripada bersahabat dgn orng yng fasik kerana berterusan melihat perkara2 yng fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya kau merasa ringan memandang maksiat. Cuba kau lihat.. Orng ramai menganggap mudah dosa ghibah (mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut tapi jika mereka melihat seorang alim memakai cincin emas dan kain sutera nescaya mereka amat mengingkarinya. Padahal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada memakai cincin emas atau pakaian sutera.


4-Jangan bersahabat dgn orang yng tamak dunia:

Bersahabat dengan orang sebegini umpama racun yng dapat membunuh, kerana sudah menjadi tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikut tabiat orang lain dan perangai yng baik cepat sekali berubah menjdai jahat, sedangkan kita tidak menyedarinya. Maka suka bersekedudukan dgn orang yng tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Dan sebaliknya jika suka bersekedudukan dgn orang yang zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.


5-Orang yng benar:

Jangan bersahabat dgn pendusta. Barangkali dia akan menipu kaumkerana dia laksana
Fatamorgana yng seakan-akan mendekatkan yng jauh atau menjauhkan yang dekat.


Inilah 5 syarat yng perlu dicari dalm pemilihan sahabat. Barangkali susah ntuk mendapatkan seseorang yng memiliki kesemua sifat2 ini walaupun pada orng mengaji di surau2 atau duduk beribadat di dalm masjid.

Oleh itu,tiada jalan bagimu kecuali kau memilih satu di antara dua jalan ini:

Pertama: Ber’uzlah iaitu mengasingkan diri drpd orang ramai, kerana di situlah terletaknya keselamtanmu.

Kedua: Bergaul dgn orng ramai mengikut kedudukan mereka masing2 yng berdasarkan kepada 3 pembahagian:

1-Saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah kau pehatikan padanya kecuali hal2 agama.

2-Saudaramu ntuk duniamu, maka janganlah kau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yngbaik.

3-Saudaramu untuk kejinakan hatimu, maka jngn kau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya, fitnahnya dan keburukannya.


Di dalam perumpamaan lain,manusia itu terbahagi kepada 3:

1-Orang yng seumpama makanan asas yng tidak boleh tidak daripadanya.

2-Orng yng seumpama ubat yng diperlukan pada masa2 tertentu sahaja bukan setiap masa.

3-Orng yng seumpama penyakit yng perlu dihindari daripadanya,namun terkadang seorang hamba itu dibalakan dengannya walaupun penyakit itu tidak disenanginya dan tiada manfaatnya. Maka perlulah seseorang itu mengambil langkah2 bijak supaya dia dapat selamat daripadanya. Namun,di dalam penyakit itu ada satu rahsia besar seandainya kau mampu menghadapinya,iaitu apabila kau cuba memperhatikan keadaannya dan kesannya yng buruk, lalu setelah itu kau pun menjauhkan diri daripadanya..

***dipetik dr iLuvislam.com

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates