Monday, November 8, 2010
Bismillahirrahmanirrahim.....
Kebelakangan ni sgt byk masalah menimpa dri....
dr mslh family, kwn2 & jg ehem2...
tp kebykannye berpunca dr driku yg terover sensitif....
byk berfikir buat aku stress...
lalu aku cube cr motivasi di website iluvislam
& terjumpa motivasi ni....
Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam
**nk tahu saiz hati anda? bacalah artikel motivasi kat atas:)sgt tersentuh ht ni ble bace motivasi nukilan akrimimathwa ni....
brula aku sedar yg hati aku ni kecik sgt rupenye....
mgkin xsampai pon sebesar cawan....
Ya Allah, lemahnye hambaMu ini....
InshaAllah... slps ini akan sy cube besarkan & lapangkan
hati sy... mgkin lame2 hati sy pon bleh menjadi sebesar kolam...
malah mgkin lg besar dr kolam...
seluas benua asia maybe? hmm...:)
Jadi, apakah saiz hati anda?
Sebesar
Labels: Bintang kate..., my story, today's quote
Sunday, September 12, 2010
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.
...Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Labels: saje2, today's quote
Thursday, April 15, 2010
Bismillahirrahmanirrahim...
dipetik dr nukilan Nur Afzan...thanks my dear>..:)
Luka akibat pedang lebih mudah sembuh berbanding luka akibat kata-kata yang tajam.
Tak tahulah nak bina benteng seteguh dan setinggi mana untuk empangan airmata ini tidak melimpah. Tak henti-henti disakiti oleh kata-kata berbaur, entah, yang menghiris-hiris hati ini sehalus-halusnya bagaikan ulam yang dihiris chef yang mahir menggunakan pisau.
Tujuan mereka? Wallahu a’lam, saya juga tiada jawapannya.
Setiap kali saya dilukai, dibanding-bandingkan, direndah-rendahkan, saya seolah-olah tenggelam dalam dunia saya sendiri, cuba menjadikan diri saya separa sedar. Berusaha membuat muka sendiri tiada riak sedih. Menundukkan kepala sepertimana rendah dirinya saya berasa ketika itu.
Setiap kali itulah, hati saya basah dan banjir dengan titisan airmata. Tiada sesiapa yang tahu saya menangis dalam hati kerana ego saya cuba menguasai kelenjar airmata saya dari berfungsi sebagaimana fitrahnya. Kadangkala kalah jua, namun seringkali berjaya.
Orang seringkali berkata saya seorang yang terlalu rendah diri. Sehinggakan ada sahabat baik saya yang marahkan saya kerana berkeadaan sebegitu. Tapi tahukah kamu dan mereka apa yang membentuk saya menjadi saya hari ini? Acuannya adalah kata-kata perbandingan, perlakuan-perlakuan dingin yang tidak putus-putus saya terima sedari zaman kanak-kanak sehingga kini.
Saya tidak mengerti apa salah saya diperlakukan sebegini. Sehingga kadang-kadang saya membenci diri sendiri.Saya tidak kenal siapa saya. Sampai satu tahap, saya langsung tidak percaya pada kelebihan diri dan mempersoalkan kenapa masih ada yang menyukai saya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka yang (diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(al-Hujurat: 11)
“Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati.”
(al-Baqarah : 83)
.................................................................................
Aku amt terharu membace note dr juniorku ini... Rase spt luahan dr ht sndri...
Same2la kte doakan kejayaan n keteguhan hati kte sume.
Labels: my story, today's quote
Sunday, January 31, 2010
Bismillahirrahmanirrahim...
Arini berangkat ke Kuantan..
Semasa perjalanan, sumbody tlh bg quote yg sgt bererti wat aku...
Die ckp,
"Jgn rase dri kte ni penting sgt. Jgn rase org laen xleh truskan hdp tnpa kte. Sume tu xbenar. Walhal apabila kte xde sumbody else can take our place n do the same thing that we can do or even better. They're only waiting 4 their perfect time..Kte xleh rase besar dri sgt, bukan kte je yg mampu wat sumthing2."
kata2 tu sgt bermakna bgku...Insyaallah pasni aku akn sentiasa ingat ni...
dun be greedy... give others chance to shine...
Labels: my story, today's quote







