Monday, September 22, 2014


Bismillahirrahmanirrahim....

Sekian lama xmenulis.... Alhamdulillah, kami dh selamat melahirkan putera sulung kami pd 19 Jun yg lalu. Sebulan kutinggal posa naaa... jenuh nk ganti ni ha tp xpela suami ckp nk posa sesame..hihi...skrg Nawfal dh 3 bulan dh. Kali ni nk cerita ttg perjalanan kami mendapat Nawfal.

Alkisahnya, setahun jg kami menunggu berita baik ni. Byk kali dh cek tp asyik -ve je. Kami usaha & cuba sedaya upaya. Makan itu ini, baca doa itu ini, buat itu ini, bleh kate mcm2 lah. Walaupun luaran kami nmpak ok tp sapela xnk ank kan. Tiap2 hari aku tanya abg nk anak x, blela kite nk ade ank, ckp bestnye ade ank...huhu...Tuhan je tau perasaan kami mase tu. Org2 xyah ckp lah, sume dok tanye, kami senyum sajelah, ckp 'dlm proses'...

Akhirnya, pd hari seblom anniversary pertama kami, cek upt dptla +ve...Alhamdulillah, syukur sgt2. Hadiah ulangtahun perkahwinan yg plg best bg kami. Mmg tiada tandingan, usaha kami berhasil.
Bgtau hubby pn die hepi gle, trus bgtau mak & ayh mentua yg dh lame tggu cucu pertama. Xlame pastu cek kat klinik utk sahkan & alhamdulillah...

Permulaan kandungan alhamdulillah, aku xmabuk sgt, sekadar loya2, skt prt & pggang, png2 je. Muntah pn lam 5 kali je rasenye. Baby mmg baik sgt, xbyk meragam. Setiap hari, setiap bulan adlh new experience buat kami. Setiap kali scan menitik air mata aku tgk baby lam perut. It's very fascinating. Makin hari makin syg kat org yg xpenah jumpa ni. Suami mmg sgt membantu, tlg wat keje2 umah, tlg picit2 bdn & lain2. Thanks abg!! love u!!! Bersyukur sgt ade die, kdg2 rase rimas jgk itu die xbg ini xbg, tp xpelah, tu tanda die syg, ye x...hihi

Mase tgh2 pregnant tu gaji aku stop, hubby pn same. Duit simpanan dikorek sket2, syiling yg kami kumpul kami tukar kat kedai demi sesuap nasi. Kdg2 terpakse pinjam sane sini, naseb baik family sgt memahami & membantu. Waktu tu rase sgt2 bernasib baik & syukur baby xpilih makan. Jimat pnye psal, kami slalu mkn ns lauk telur @ ulam & budu je. Kdg2 risau jg baby xckp zat, so hubby belila buah2 so dat aku leh mkn. aku selalu pesan kat baby suh die saba, nnt die dh besar kte mkn sedap2,nk mkn ape mintak je ngn mama & papa. 

Masuk trimester ke3, scan Dr Muna ckp baby sihat alhamdulillah tp yg geramnye nk tgk jantina slalu xnmpak. Sama ada die gerak xbenti @ dok kepit kaki. So smpai ke sudah mmg xtau jantina baby kami yg sebenarnya. So naturally, kami expect prmpuanla sbb malu kan xnk tunjuk. Adela beli baju baby girl comey2 2 3 psg. 

Awal bulan Jun, suami hnta aku blk kg utk bersalin & berpantang di sana. Beberapa hr b4 bersalin mmg rase xsedap bdn. Disebabkan contraction makin kerap dtg waktu mlm, aku suh hubby sedia utk blk kelate dr kuantan. Rupe2nye mmg baby tggu papa die balik baru nk kua. Arini papa blk, mlm tu jgk aku masuk hosp nk bersalin. Lame gak tggu sbb ank sulung. Masuk wad pg, ptg dkt kul4 baru bersalin. Alhamdulillah...a boy and a very healthy one. Luv u so much son...

Nawfal sengih
Nawfal selfie ngn mama

Gamba raye sesame...hihi

Dari wall Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu. Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.


Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan Allah.
Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu.

Wahai anakku,
Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.
Senyum.

Insaf...(~_~)

;;

Template by:
Free Blog Templates