Tuesday, March 8, 2011
Bismillahirrahmanirrahim...
Ini sy petik dr satu artikel d iluvislam.com...sile hayati:)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu [B]ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim[/B]. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
Smoga sy & kamu tergolong dlm golongan itu jg...slmt beramal (^^,)
Wednesday, March 2, 2011
Bismillahirrahmanirrahim...
Sudah bersawang agknye blog ni sbb dh lame sgt xupdate...
bkn xmahu tapi terlalu sibuk dgn fyp, sibuk bercuti,
dan lebih2 lg kemalasan yg sukar diatasi....
Tajuk entry ini adalah luahan hati sy
hamba yg lemah ini tidak dpt berbuat ape2..
huhu...
dh byk sy dgr dr mulut org ttg
pelbagai kelemahan & sifat buruk sy...
maaflah...kdg2 sy xseda dri ini
melakukan kesilapan....
ade yg kate sy sombong...
sy bkn sombong cume sy pendiam...
tp jika kamu knal sy kamu akan tau
yg sy ni sgt suke bercakap sbenarnye...
ade yg kate sy ni xde kwn...
bkn sy xske berkwn...
cume sy suke bersendirian...
hanye teman2 yg rapat
mengenali sy dgn dalam...
sy jrg buka rahsia & rase hati sy
pd kwn2 biase....
kerna sy tau sy punye byk masalah...
sy xmau org mengenali sy
sebagai seorg yg punye mslh
sy lg suke berlagak biase&
tersenyum d dpn kwn2...
walaupon sebenarnye dri ini
punyai byk masalah yg xterungkap....
ade yg kate sy mulut jahat...
maaflah...
yg ini mmg kelemahan no 1 sy
ramai yg dh merase penangan
mulut sy yg agk xbertapis ni
harapla dimaafkan...
kdg2 tu xsengaja...
kerna sy slalu menyuarakan rase hati
sy apabila xpuas ht...
sukar utk sy berdiam dri
ble ht ni rase semcm...
mulut ni juge hilang pertimbangan
ble rase marah @ bosan
dgn sumthng
oleh itu, sy lebih suke berdiam dri
& menahan mulut sy ni
sbbnye, kdg2 ade yg terluke dek
kate2 yg kuar dr mulut ni...
bukan itu saje kelemahan sy, malah byk lg
yg xtersebut d sini...
sy cube, sedaye upaye, inshaallah utk
menjadi lebih baik...
bglah hamba yg lemah ini peluang
utk membaiki dri...
Ya Allah, tlglah hambaMu y lemah ini...
Amiin...
Labels: my story